Tuesday, 17 May 2011

kancil dahaga akibat x cukup gula


Dah lama giler x buat post baru.. busy sangat sampai terlupa blog nieh..  bila dah cuti sem ni terasa untuk kembali menulis. sekarang heboh dengan harga minyak nak naik.. aduh.. bala lagi.. sekarang nie pakai kancil pon terasa bila nak isi minyak.. kalo dah naik pasni x tahu la camne... naik beskal jela jawabnya...

Kadang kala terpikir jugak... kenapa sekarang nie inflasi sangat teruk... sume bende jadi mahal...tambah tambah kalau hidup kat kota metropolitan kl... x kan kita x mampu nak selsaikan perkara nie... situasi sekarang seolah olah sume benda nie dah x mampu dikawal... manusia yang mencipta sistem ekonomi yang akhirnya memakan manusia sendiri... atau manusia keparat mengubah cipta sistem ekonomi untuk membaham manusia lain... hurmm..

Isu yang selalu dibangkitkan rakyat kelas biasa adalah kenaikan harga x selari dengan peningkatan disposable income... isu yang sangat realistik jika kita perhati kepada kehidupan rakyat kelas rendah dan pertengahan.. jangan kita bandingkan dengan eksekutif Petronas yang gaji sebulan beribu2... x masuk bonus dan kenaikan setiap tahun lagi..

Masa belajar pasal housing sem lepas.. antara perkara yg dibincangkan oleh lecturer aku adalah pasal affordable housing.. kalo kita tengok property market dekat lembah klang nie.. orang2 baru start kerja janga mimpi la nak beli rumah.. ramai orang mengeluh harga rumah sangat mahal… tapi tanpa kita sedar sebenarnya, rumah2 yang harga berjuta tu pon sentiasa habis dijual.. means.. sentiasa ada demand.. ramai rupanya bangsawan2 di kl nieh…

Back to the topic,  bagi aku dah sampai masanya kerajaan perlu jadi lebih kreatif.. ada perkara yang kita boleh serah kepada open market untuk decide.. ada yang kita perlu control.. dan cara control tu perlulah “style” supaya semua orang dapat manfaat... control disini x semestinya meletak harga siling atau harga kawalan.. tetapi perlu lebih dari itu..

Dibawah kawalan kerajaan ada sangat banyak GlC yg operate dan banyak juga yang monopoly bidang2 utama macam minyak, infrastructure ngan ultility.. semua syarikat ini ditubuhkan bawah dasar penswastaan dan untuk ringankan beban kerajaan.. kalau kita lihat sekarang nie, sume syarikat ini adalah profit based.. dan mostly public listed… aku merasakan sudah sampai masanya sebahagian company ini dikeluarkan dari bursa malaysia dan diguna untuk manfaat rakyat..

Untung syarikat ini sepatutnya diguna untuk faedah bersama.. bukan setakat cukai koperat yang dorang bayar kepada kerajaan.. Sebagai contoh, kerajaan zaman Tun M guna untung Petronas untuk biaya projek Putrajaya.. perkara sama boleh kita guna untuk GLC lain.. contohnya TNB.. untung bersih TNB bagi tempoh separuh  pertama berakhir 28 febuari lalu adalah 1.34 billion.. untung ini akhirnya akan diagih kepada pemegang saham dan pengembangan peniagaan.. alangkah bagus kalau untung ini sebahagiannya diguna untuk tampung subsidi tenaga contohnya..

Untuk konsesi lebuhraya misalnya.. syarikat khusus boleh ditubuh kerajaan atau Khazanah untuk membina dan mengoperasi lebuh raya.. Tol yang dikutip khas untuk kos operasi dan maintenance sahaja… tiada elemen untung berlebihan yang berlipat ganda seperti yang ada sekarang.. sistem yang ada sekarang ini kelihatan untuk membantu orang kaya bertambah kaya.. dan lebih malang lagi apabila orang kaya itu bongkak dan tidak mahu membuka peluang kepada orang bawahan..

Sudah sampai masanya untuk penyusunan semula segala jentera  kerajaan.. aku percaya banyak cara boleh dilakukan.. tapi ia memerlukan orang atas untuk merasa bagaimana keadaan dibawah.. bagaimana seorang menteri mahu merasa  sakitnya mengisi minyak kereta, menampung kos kehidupan seharian dan membayar tol kalau mereka sendiri tidak pernah merasa untuk melakukan perkara tersebut..

Teringat keluhan Dato Seri Azmi Khalid selepas digugurkan dari jemaah menteri satu ketika dahulu.. haha.. baru merasa bayar tol dengan duit poket sendiri… 


P/S: x sangke blog yg sebelum nie ada 2 post je pun bleh ada 9 follower.. haha

Tuesday, 1 March 2011

Saya Lapar....


Jika dirujuk pada emel dari JPPHB, dimaklumkan hari nie 1 Mac 2011 akan ade gangguan bekalan air untuk 24 jam, tapi ape yg nak dikongsi hari nie bukan pasal x de air tapi lebih kepada persediaan yang dibuat oleh pentadbiran kolej kediaman kedua.

Tahniah aku ucapkan atas persediaan yang cukup cemerlang. Time kelas valuation pagi nie aku dpt sms dari roommateku:

Kuda : am.. ko nk mkan x nnti.. kalo nk ktaorg tnggu ko?..
Aku  : nak nak nak nak nak…

Demi nasi ayam makcik DU, aku tolak ajakan Rahimie untuk mkan kt 6th. Seperti yang dijanjikan, abis je klas tros bergegas ke DU(tkot nasi ayam abis n kne mkan nasi bese).

Sampai DU tros aku hampa, harapkan nasi ayam, burger yang sangat lazat makcik 2 hulurkan atas tapak tangan aku … asasnye sbb x de air… huh…( sumpah burger 2 basic giler, time kt MRSM dlu burger yg dorg bagi jauh lagu sedap)

Isu yang aku nak bangkitkan bukan semata mata pasal x dapat makan nasi ayam tapi lebih kepada perasaan aku terhadap kolej kediaman. Semenjak pengetua baru masuk, banyak dasar dan undang2 baru yg dia bwak skali dari zaman skolah dia dulu.


    Seronok brother nie basuh motor di petang hari tatkala pentadbiran dok risau DU x de air

Gate kolej tutup pukul 12.00 malam, motor dan kereta perlukan sticker (yang perlu dibayar dan agak mahal) laptop, charger and barang2 eletrik kene bayar dan banyak lagi dasar2 yang x penah ade sebelum nie.

Kalo ikut ape yang aku survey, majority student x stuju ngn sume dasar nie, tapi skali lagi atas kebijaksanaan kolej, sume student jd stuju. Cara yang amat mudah digunakan, sume student wajib tandatangan on kertas persetujuan, sape x sign x akan diconsider untuk stay kolej sem depan… hurmm.. ape agaknye pndapat JTK ek..

Kolej 2 skali lagi jadi jaguh time PRK, peratusan keluar mengundi yang paling tinggi. Mane x nye, sebelum hari pengundian nak pekak telinga aku dgar amaran sape yg x mengundi x akan dapat stay kolej… hurmmm.. JTK?..

Time PRK juge Kolej 2 jadi macam penjara, sume gate dikunci 24/7 kecuali gate belakang yang dikawal rapi oleh staff kolej 24 jam sehari. Abis sume fakulti yang dekat jadi jauh, yang dulu berjalan 5 minit jd 20 minit.. Ape la agaknye yang pentadbiran takutkan ek..  perintah darurat kt Mesir pon x seteruk macam nieh.. sekali lagi.. hurmmmm… JTK?

Kalau sume bende diputuskan directly oleh pengetua, ape perlunya JTK n JIK, ape gune aku bayar yuran dorang setiap sem.. baik dibubarkan je. Kalau setakat masuk meeting hari2 tapi x de suara x gune jugak...

Sebenarnye sangat banyak isu yang berkaitan ngn kolej kediaman yang x selsai. Setiap sem kita akan dengar isu bajet kolej defisit, nak tutup dewan makan dan sebagainye...

Persoalannye.. miskin sangatkah kolej kediaman kita nieh??....

Aku akan ulas isu dewan makan, deficit, n pentadbiran dalam post yang lain sbb isu itu je memerlukan ulasan yang sangat panjang lebar, tapi yang aku nak bagitahu sekarang adalah kenapa makin lama aku rase makin x selesa tinggal kt kolej nie..

Ade angin2 yang bertiup  mengatakan yuran kolej akan dinaikkan, sejauh mane kebenarannye, aku pon x pasti, tapi berdasarkan situasi sekarang, aku tengok perkara tu x mustahil. Kolej makin gelap, vending machine bertambah secara mendadak, bajet aktiviti khabarnye dikurangkan, tapi pekerja kolej makin bertambah. Siap bekerja sampai tengah malam lagi. Kolej yang dulu terbuka luas kini makin berkunci, semuanya seolah dikawal rapi.

                                      tank sebelah DU yang masih penuh pada jam 6.15 petang

Berbalik pada isu air, masalah bukan disebabkan oleh kerosakan di dalam kampus tapi disebabkan oleh kerja naiktaraf oleh SYABAS. Untuk ganguan selama 24 jam nie, aku x rase yang semua menu makanan perlu ditukar kepada menu yang sangat basic. Bagi aku SYABAS sangat bertanggungjawab  dan dorang memang sediakan static tank di kolej2 kediaman.

Untuk dewan makan, aku x rase menjadi masalah untuk SYABAS provide tanker untuk hantar air. Lagipun dorang yang sebabkan perkara nie… sebagai pengguna, kita ade hak.. dan air yang digunakan oleh dewan makan bukan banyak sangat pon.. Pelajar bersedia bawak bekas makanan sendiri untuk elak timbunan pinggan untuk dicuci (itu je yang gune banyak air). Sehingga post nie ditulis sambil makan nasi goring kosong DU pon bekalan air masih belum putus ( besar jugak tank UM nieh). Malah 2 bijik tank besar sebelah DU pon masih penuh..

p/s : agaknye ape la menu kita esok ek.. x sabar rsenya..


Monday, 28 February 2011

HINDU RIGHT ACTION FORCE

HINDRAF oh HINDRAF....
aku pon x tahu la ape lagi yang x kene ngan korang sume nieh...
ape sebenarnye yg korang kejar?.. x cukup bagus lagi ke korg duduk kt Malaysia nieh...
Aku bukan ape, tertarik melihat banner2 and publicity untuk perhimpunan korg yg x jadi ahad lepas.. sebagai seorang budak yang membesar di sungai siput satu ketika dulu (zaman samy vellu jd MP), aku tengok orang India sume bahagia je... untuk sesiape yg x tahu, Sungai Siput, Perak memang diperkaya dgn kaum India sbb kt cni banyak estet. even time skolah rendah pn aku bnyk member india. pegi skolah pn terpakse naek bas skolah milik orang India.  aku x nampak pulak ape2 masalah besar yang berkaitan dengan kehidupan dorang. Nak kate sume hidup miskin merempat x jugak, brdasrkn pemerhatian aku, hidup orang melayu pon susah jgk. Nak kate hidup ditindas, kat UM nie banyak jugak remaja India, course sume pon x nak kalah, malah aku nampak lebih banyak India bawak mercedes daripada orang melayu. dalam senarai 20 orang terkaya malaysia pon India ade 3 orang wakil. jd sebenarnye, kat mane silapnya??

pada pendapat aku, masalah sebenar kaum India adalah sikap mereka sendiri. kita selalu dgr orang cakap orang melayu malas, bodoh, sentiasa harapkan subsidi dan sebagainya, tetapi ape yang aku lihat sebenarnya masyarakat india pon same. HINDRAF selalu cakap India dipinggirkan kerajaan tetapi sedarkah mereka bahawa punca sebenarnya adalah sikap turun temurun bangsa mereka sendiri. mengungkit kata2 allahyarham TAR, kalau ada 2 orang India, maka akan ada 2 parti politik untuk masyarakat India. Nyata sekali perkara ini memang tersangatlah benar. pemimpin2 masyarakat mereka lebih mementingkan jawatan dan pertandingan politik. dari MIC sampailah ke Makkal Sakthi, same je. aku amik contoh yang paling mudah, parti Makkal Sakthi. baru setahun penubuhan, parti nie dah berpecah belah, presiden ckp dia di pihak yang betol, naib presiden cakap presiden pengkhianat, aduhh.. parti nie boleh diibaratkan baru nak kenal dunia, apetah lagi parti2 yg dh established. dkat PPP kita boleh tengok T. Murugiah gadoh ngn M. Kayveas, kat MIC lagi teruk, cuma x berlaku dalam terang sbb parti nie dlu mmg dicontrol abis oleh Samy Vellu. antara yang kita boleh lihat adalah antara G. Palanievel dgn S. Subramaniam, kes V. Mugilan dan bnyk lagi. Even kt UM ni pon Jabatan Pengajian India, bergolak dan terpaksa dipimpin oleh ketua dari bangsa lain.

Bila kita tengok balik antara permintaan HINDRAF mase 2007 dulu, dorang nak tuntut usd 4 trillion dari british sebagai ganti rugi sbb bawak dorg datang tanah melayu ketika itu. Permintaan yang bagi aku sangat x masuk akal. Maybe dorang x sedar dulu hidup dorang lebih merempat n jauh lebih daif, sbb 2 datk nenek dorang x tolak peluang datang tanah melayu. Kalau sekarang dorang rase x seswai di Malaysia, tukar je kewarganegaraan, bkn ssh sngt pon. Dorang jugak tuntut pemansuhan artikel 153 n pengistiharan mahkhamah bahawa Malaysia adalah negara sekular, bukan negara islam seperti yg diishtihar Tun M. permintaan yang bagi aku sangat melampau dan x masuk akal. memang padan pemimpin dorang kne ISA. aku boleh cakap peristiwa inilah antara permulaan masalah perkauman serius kt Malaysia sekarang nieh. Sekarang sume orang bercakap mengenai racist, pakcik makcik kt kampung pon dh mula brcakap pasal rasict. dah jd topik umum dh pon. Perkara yang sangat bahaya untuk negara seperti Malaysia.



Satu lagi isu besar yang HINDRAF maenkan adalah pasal kuil India yang diroboh, kalau kita tengok betol2.. kuil India nie asas dia laen dari cara masjid or tokong cina dibina. Untuk masjid, surau or tokong, selalunya dibina atas tanah rizab, so isu roboh meroboh oleh PBT x timbul. tapi laen dgn kuil india. hari nie kita tengok ade kain merah dililit kt pokok tepi jalan n ade seorang dua semayang kt c2. taun depan ade binaan kecik kt tepi pokok 2.. lepas 4 taun dh berdiri sebijik kuil besar. masalahnye sume nie dibina atas tanah rizab jalan atau mane2 tanah laen. dorg x pnah pkir pon pasal status tanah, tp bagi PBT, kita ade local plan, guideline, SSP n laen2 bnde yg dorg kne follow. dari c2 la banyak isu kuil kne roboh. kita x leh salahkan PBT sbb dorg just buat keje yg diamanahkan kt dorg. 

Hari ini kita dengar isu novel Interlok, aku blom sempat bace novel nie tp berdasarkan ape yg aku thu, ini bukanlah isu yang sangat rumit. Pasal isu nie nme HINDRAF popular balik. Kal nie dorg nk kerajaan mansuhkan Interlok n bantah perkauman UMNO. aku x nk ulas isu Interlok lagi sbb aku rse bnde nie agak pnjang, tapi bagi aku mudah je, UMNO, MIC, MCA dan lain2 parti yang berasaskan perkauman semua racist. sbb dasar perjuangan dorg sume berasaskan KAUM. kalau Hindraf ckap UMNO rasict, mmg UMNO racist, HINDRAF pon racist, MIC rasict, MCA pon racist. cume bila bernaung bawah payung BN, dorg berunding untuk kebaikan sume. X kan nk UMNO bincang pasal masyrakat India, itu keje MIC, malangnye dorg libih pentingkan kuasa dari nk bantu rakyat..

so, untuk HINDRAF, dari korg gaduh ngn kerajaan baik lagi korag amik alih tmpat MIC dalam kerajaan, boleh korang bela kaum korang. N untuk P.Uthayakumar n da geng, aku sarankan korang bertobatle.. sebelum kita berperang macam 13 mei dulu, kang sia2 je ade yang terkena parang terbang...