Dah lama giler x buat post baru.. busy sangat sampai terlupa blog nieh.. bila dah cuti sem ni terasa untuk kembali menulis. sekarang heboh dengan harga minyak nak naik.. aduh.. bala lagi.. sekarang nie pakai kancil pon terasa bila nak isi minyak.. kalo dah naik pasni x tahu la camne... naik beskal jela jawabnya...
Kadang kala terpikir jugak... kenapa sekarang nie inflasi sangat teruk... sume bende jadi mahal...tambah tambah kalau hidup kat kota metropolitan kl... x kan kita x mampu nak selsaikan perkara nie... situasi sekarang seolah olah sume benda nie dah x mampu dikawal... manusia yang mencipta sistem ekonomi yang akhirnya memakan manusia sendiri... atau manusia keparat mengubah cipta sistem ekonomi untuk membaham manusia lain... hurmm..
Isu yang selalu dibangkitkan rakyat kelas biasa adalah kenaikan harga x selari dengan peningkatan disposable income... isu yang sangat realistik jika kita perhati kepada kehidupan rakyat kelas rendah dan pertengahan.. jangan kita bandingkan dengan eksekutif Petronas yang gaji sebulan beribu2... x masuk bonus dan kenaikan setiap tahun lagi..
Masa belajar pasal housing sem lepas.. antara perkara yg dibincangkan oleh lecturer aku adalah pasal affordable housing.. kalo kita tengok property market dekat lembah klang nie.. orang2 baru start kerja janga mimpi la nak beli rumah.. ramai orang mengeluh harga rumah sangat mahal… tapi tanpa kita sedar sebenarnya, rumah2 yang harga berjuta tu pon sentiasa habis dijual.. means.. sentiasa ada demand.. ramai rupanya bangsawan2 di kl nieh…
Back to the topic, bagi aku dah sampai masanya kerajaan perlu jadi lebih kreatif.. ada perkara yang kita boleh serah kepada open market untuk decide.. ada yang kita perlu control.. dan cara control tu perlulah “style” supaya semua orang dapat manfaat... control disini x semestinya meletak harga siling atau harga kawalan.. tetapi perlu lebih dari itu..
Dibawah kawalan kerajaan ada sangat banyak GlC yg operate dan banyak juga yang monopoly bidang2 utama macam minyak, infrastructure ngan ultility.. semua syarikat ini ditubuhkan bawah dasar penswastaan dan untuk ringankan beban kerajaan.. kalau kita lihat sekarang nie, sume syarikat ini adalah profit based.. dan mostly public listed… aku merasakan sudah sampai masanya sebahagian company ini dikeluarkan dari bursa malaysia dan diguna untuk manfaat rakyat..
Untung syarikat ini sepatutnya diguna untuk faedah bersama.. bukan setakat cukai koperat yang dorang bayar kepada kerajaan.. Sebagai contoh, kerajaan zaman Tun M guna untung Petronas untuk biaya projek Putrajaya.. perkara sama boleh kita guna untuk GLC lain.. contohnya TNB.. untung bersih TNB bagi tempoh separuh pertama berakhir 28 febuari lalu adalah 1.34 billion.. untung ini akhirnya akan diagih kepada pemegang saham dan pengembangan peniagaan.. alangkah bagus kalau untung ini sebahagiannya diguna untuk tampung subsidi tenaga contohnya..
Untuk konsesi lebuhraya misalnya.. syarikat khusus boleh ditubuh kerajaan atau Khazanah untuk membina dan mengoperasi lebuh raya.. Tol yang dikutip khas untuk kos operasi dan maintenance sahaja… tiada elemen untung berlebihan yang berlipat ganda seperti yang ada sekarang.. sistem yang ada sekarang ini kelihatan untuk membantu orang kaya bertambah kaya.. dan lebih malang lagi apabila orang kaya itu bongkak dan tidak mahu membuka peluang kepada orang bawahan..
Sudah sampai masanya untuk penyusunan semula segala jentera kerajaan.. aku percaya banyak cara boleh dilakukan.. tapi ia memerlukan orang atas untuk merasa bagaimana keadaan dibawah.. bagaimana seorang menteri mahu merasa sakitnya mengisi minyak kereta, menampung kos kehidupan seharian dan membayar tol kalau mereka sendiri tidak pernah merasa untuk melakukan perkara tersebut..
P/S: x sangke blog yg sebelum nie ada 2 post je pun bleh ada 9 follower.. haha
No comments:
Post a Comment